Pandu Bugatti Chiron dengan rim tanpa tayar, pemilik bayar kos baik pulih RM91k

2730

Sehingga penggantinya tiba pada 2024, Bugatti Chiron kekal menjadi hypercar di takhta teratas.

Dengan tanda harga melebihi USD 3 juta (RM13 juta), setiap komponen mahupun alat ganti Chiron adalah kejuruteraan yang sangat mahal.

@jpmcars

This was expensive. #bugatti #chiron #hypercar #fail #cars #supercar #cartok #carsoftiktok

♬ original sound – Jack



Namun, itu bukanlah isu besar bagi pemilik kerana golongan yang memiliki hypercar itu tentunya dalam kalangan ‘old money’.

Seperti mana sebuah video yang dikongsi akaun TikTok @jpmcars yang menunjukkan sebuah Chiron berwarna biru gelap keluar dari trak flatbed yang mana salah satu tayar belakang ‘meletup’. 

Walaupun rim berkenaan cukup kukuh untuk menampung pecutan Chiron, tetapi ia tidak direka untuk kegunaan tanpa tayar.

Berdasarkan sebuah lagi video, difahamkan pemilik hypercar itu melanggar lubang di lebuhraya sehingga mengakibatkan tayar belakang tersebut pecah.

Bagaimanapun, pemilik cuba memandu kereta itu ke pusat servis tanpa salah satu tayar di belakang tetapi gagal.

Menurut jpmcars, Chiron itu tidak memerlukan baik pulih major selepas kejadian tersebut. Pemilik hanya perlu menukar rim dan tayar baharu dengan kos sekitar USD 20,000 (RM91,180).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here