Warga emas ditemui meninggal dunia di tepi pacuan empat roda

259

Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam, Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 11.50 pagi sebelum menghubungi anggota di Balai Polis Simpang Renggam.

“Susulan itu anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke lokasi kejadian dan menemui lelaki itu yang lengkap berpakaian berusia 64 tahun di tepi kenderaan tersebut.



“Lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia selama kira-kira tiga hari dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Bahrin lagi, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan mayat diserahkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes berkenaan diklasifisasikan sebagai kematian mengejut (SD).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here