Huawei dan Chery dedah model EV Luxeed, versi lebih murah berbanding Tesla Model 3

312

Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Perniagaan Kereta Pintar Huawei, Chengdong Yu berkongsi imej pertama sedan baharu syarikat berkenaan dengan nama Luxeed.

Ini bermakna sedan itu akan menawarkan banyak ciri ketersambungan terkini terutamanya kombinasi telefon dan jam tangan pintar Huawei.

Projek dengan kod nama EH3 itu merupakan kerjasama antara Huawei dan Chery yang akan menggunakan platform E0X seperti mana kereta elektrik (EV) Chery Exeed Sterra ES dan ET.



Ia bakal menggunakan pek bateri CATL yang memberikan jarak pemanduan sekitar 700km dengan menggunakan dua motor elektrik.

Ciri keselamatan pula, model itu akan menerima sistem pemanduan pintar Huawei ADS 2.0 merangkumi LiDAR yang dipasang pada bumbung, 11 kamera definisi tinggi, 12 radar ultrasonic dan radar gelombang 3mm.

Pelancaran Luxeed dijangkakan suku ketiga tahun ini yang mana kemungkinan ia akan dipamerkan pada Chengdu Auto Show, 25 Ogos ini.

Menurut CarNewsChina, harga EV itu dianggarkan sekitar CYN 200,000 (RM126,790) menjadikan ia pilihan lebih murah berbanding Tesla Model 3.

EH3 memaparkan profil seperti SUV dan mempunyai persamaan dengan BYD Han. EV itu didatangkan dengan bar lampu yang penuh di bawah lampu utama, pemegang pintu disatukan dengan pintu, brek Brembo dan cermin sisi yang unik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here