Bapa pecah cermin tingkap dan tayar, elak anak pandu BMW

741

Kejadian yang berlaku pada pemilik BMW ini bukanlah angkara jenayah mahupun khianat. BMW 3 Series Coupe tersebut rosak gara-gara seorang bapa tidak ingin kecelakaan berlaku pada anaknya. 

Bapa tersebut bertindak memecahkan tingkap, pancitkan tayar dan mengetuk badan kereta itu menggunakan tukul bagi menghindari anaknya memandu kerana mabuk. 

Tindakan warga emas berusia sekitar 60-an itu disaksikan pejalan kaki yang melalui jalan berkenaan lalu menghubungi pihak berkuasa.



Ketika polis Logrono tiba, mereka menyaksikan seorang lelaki melarikan diri memandu SUV berkenaan.

Pihak berkuasa menahan SUV tersebut mendapati bapa berkenaan dan anaknya yang berusia 32 tahun di kerusi penumpang belakang. 

Ketika disoal siasat, bapa memberitahu dia terpaksa bertindak demikian kerana menghalang anak lelakinya yang mabuk memandu BMW itu. 

Model E92 itu merupakan 3 Series Coupe akhir yang dibangunkan oleh BMW selepas menukarnya kepada 4 Series pada 2013.

Tidak dijelaskan sama ada kedua-dua bapa dan anaknya dikenakan sebarang tindakan akibat insiden itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here