Proton previu X90 di Tanjung Malim, sah guna enjin 1.5 liter turbo mild hibrid

1562

Proton mengesahkan model SUV 7-kerusi baharu akan menggunakan janakuasa mild hibrid.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata model baharu itu seharusnya dilancarkan tahun lalu bagaimanapun susulan masalah rantaian bekalan menyebabkan pengeluaran tergendala.



“Kami akan mulakan Projek EV tahun ini secara beransur-ansur yang pertama menerusi SMART 1.

“Kemudian Proton akan memperkenalkan SUV baharu yang akan menggunakan janakuasa mild hibrid,” katanya pada majlis pelancaran stamping (tempa) baharu di kemudahan Proton di Tanjong Malim. 

Sebelum ini, Motoqar melaporkan Proton X90 (VX11) bakal menggunakan janakuasa 1.5L  Turbo dengan DVVT 3-silinder yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V.

Ia menghasilkan kuasa 190hp @5,500rpm dan tork 300Nm @ 1,500-4,000rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah.

Trenkuasa ini juga kali pertama diperkenalkan Geely untuk Okavango (2021) versi Filipina kerana model Haoyue di China dikuasakan enjin 4-silinder 1.8L Turbo berkuasa 181hp dan tork 300Nm, juga dengan kotak gear DCT 7-kelajuan.

PREVIU X90

Selain itu, pada majlis yang sama Proton turut memperlihatkan Proton X90 yang turut disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pada barisan pengeluaran itu, boleh dilihat warna badan Deep Marine Blue seperti mana imej bayangan yang dilakukan oleh The Ajerul namun dengan rona lebih gelap. Selain itu, turut terlihat warna badan merah.

Sekali imbas gril depan mirip Mercedes menerusi rekaan berlian yang sebaris dengan lampu depan. Kesemua pencahayaan depan menggunakan jenis LED manakala lampu nyala siang (DRL) diletakkan di kiri dan kanan bampar menerusi tiga unit lampu LED.

Di bawah bampar tersedianya diffuser kelabu gelap dan sepanjang bawah pintu sisi turut didatangkan dengan kemasan warna sama. Turut terlihat ciri keselamatan ADAS. 

Rekaan depan Proton X90 tidak jauh berbeza dengan lakaran bayangan The Ajerul sebelum ini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here