Lelaki maut, motosikal terbakar selepas langgar lori

618

Lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah lori sebelum terbakar di KM425.3, Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Buloh, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 pagi tadi.



Katanya, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba dilokasi, didapati sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang lelaki berusia 26 tahun terbakar 50 peratus.

“Kenderaan itu terbakar selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan laluan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya.

Menurut Hafisham, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here