Suri rumah cedera, Perodua Alza terbabas elak babi

613

Akibat cuba mengelak seekor babi melintas, seorang suri rumah nyaris maut selepas kereta dipandu terbabas dan melanggar tiang sebelum terbalik di sebuah di rumah di Kampung Charuk Tenang, Sik, kelmarin.

Mangsa, Nurul Ajman Yub, 28, bagaimanapun mengalami lebam di tangan kanan, sakit di bahu kanan, sakit di dada, sakit di kaki kanan serta sakit badan.



Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku jam 4 petang membabitkan sebuah kereta Perodua Alza dipandu wanita berusia 28 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu dipercayai dari arah Sik selepas menghadiri majlis kenduri di Pondok Beris Jaya menghala ke rumahnya di Kampung Landai, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor babi melintas dari bahu jalan ke kanan.

“Disebabkan jarak dekat, pemandu cuba mengelak ke kanan jalan, namun terbabas dan melanggar tiang rumah sebelum terbalik.

“Kes disiasat mengikut di bawah Rule 10 LN166/59 dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here