Utama Berita Automotif Warga emas maut, BMW rempuh pagar institut memandu

Warga emas maut, BMW rempuh pagar institut memandu

6

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW yang dipandu terbabas dan merempuh pagar sebuah institut memandu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Alur Tuman di Marang, pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan di hadapan institut memandu berkenaan jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa berusia 65 tahun yang dalam perjalanan dari Masjid Kelulut menuju ke rumahnya di Pulau Kerengga hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh pagar institut memandu berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here