“Gagal kawal kereta sebab elak lopak air, bukan sebab simbah minyak”, pihak polis

2419

Pemandu yang mengelak lopak air merupakan punca sebuah kereta terbabas di selekoh susur masuk ke Subang Jaya dari Lebuhraya Persekutuan.

Kenyataan ini bertentangan dengan satu rakaman video tular yang menyatakan laluan tersebut disimbah minyak.



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 17 Julai lalu kira-kira jam 1 pagi.

Pemandu kereta jenis Honda Insight itu difahamkan adalah seorang wanita berusia lewat 30-an berasal dari Melaka.

lopak air

Kejadian berlaku disebabkan wanita tersebut gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengelak lopak air yang disebabkan hujan. Hal ini menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tembok di selekoh berkenaan.

Menurut Azman Shariat, berdasarkan siasatan lanjut dan keterangan saksi yang membantu mangsa, didapati tidak ada unsur khianat oleh mana-mana pihak mencurah minyak di atas permukaan jalan dengan tujuan menyebabkan kemalangan seperti didakwa.

Jadah betul. Polis perlu siasat semua sykt tow truck dan bengkel pasang kaki simbah minyak di selekoh. Ada juga anak Melayu buat kerja jahat mcm ni. Dia boleh sebut "ok cantik.."

Posted by Syed Hassan Syed Ali on Friday, August 14, 2020

Bagaimanapun, pihaknya kini masih belum dapat mengenal pasti sumber rakaman video berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Tambahnya, netizen diminta lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang video atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran terutama dalam kalangan orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here