Twin Turbo Furious, jam tangan berkonsep Bugatti Chiron Super Sport 300+ yang berharga RM2.48 juta

2731

Setelah memperkenalkan jam tangan dengan konsep enjin W16 Bugatti Chiron yang berharga sekitar $280,000 (RM1.2 juta), Jacob & Co. kini memperkenalkan jam tangan keluarannya yang lebih unik.

jam bugatti

Diberi nama Twin Turbo Furious, jam tangan yang serba unik ini dihasilkan berdasarkan konsep sebuah Bugatti Chiron Super Sport 300+. Jam tangan ini merupakan Grand Complication Masterpieces milik syarikat Jacob & Co., dan berharga sekitar $580,000 (RM2.48 juta).



Jam tangan ini juga dihasilkan sebagai penghormatan kepada jentera tersebut, yang memecahkan rekod kereta terpantas di dunia tahun lalu.

Jam tangan serba mewah ini hadir dalam dua model iaitu Black DLC Grade 5 Titanium yang disertakan dengan gentian karbon dan 18-karat Rose Gold 5N yang juga disertakan dengan gentian karbon.

Black DLC Grade 5 Titanium

Bahan dan warna yang digunakan utnuk menghasilkan jam tangan ini adalah serupa dengan hypercar tersebut, dan apa yang lebih penting, ciri prestasi dan kerumitan jentera tersebut turut disertakan pada jam tangan serba mewah ini.

Selain itu, jam tangan mewah ini mempunyai dua black titanium triple-axis tourbillon dan pengulang minit perpuluhan.

18-karat Rose Gold 5N

“Tidak banyak jenama pengeluar jam menghasilkan pengulang minit perpuluhan,” kata Forbes, yang menyatakan proses mencipta jam tangan ini melibatkan sebanyak 832 komponen dan sukar untuk dibuat jika anda betul-betul serorang yang mahir.

Jika Bugatti Chiron Super Sport 300+ terhad kepada 30 orang pembeli, jam tangan ini juga dihasilkan dalam unit yang terhad iaitu sebanyak 18 unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here