Jam tangan RM1.2 juta yang diinspirasi dari enjin Bugatti Chiron

4005

Sekiranya anda seorang yang meminati jam tangan yang mahal dan unik, Anda mungkin boleh memilih jam tangan keluaran baru dari Jacob & Co ini.

Jam ini diinspirasikan dari enjin W-16 yang terdapat pada Bugatti Chiron dengan harga kira-kira USD280,000 (RM1,220,660).



Yang pasti, terdapat banyak sistem kerja yang terdapat pada jam tangan yang diilhamkan oleh Chiron ini. Jam ini secara rasmi diberi nama sebagai Bugatti Chiron 16 Cylinder Tourbillon.

Chiron sebenarnya mempunyai enjin 16 silinder 8.0-liter dengan output mencecah 1,500hp. Pereka jam dari Jacob & Co berusaha menghasilkan 16 omboh kecil untuk menggerakkan crankshaft keluli pepejal yang kecil sebagai titik fokus.

Crankshaft itu adalah satu daripada bahagian jam tangan terkecil dan paling rumit yang pernah dihasilkan menurut syarikat itu. Perkara itu adalah cabaran yang dilalui oleh pereka Jacob & Co.

Selain itu, setiap sudut jam itu mempunyai spring atau gegelung untuk memegang enjin jam berkenaan. Ia memang betul-betul kemas dan sangat terperinci seperti enjin Bugatti Chiron, tetapi ia sebenarnya enjin sebuah jam.

Jam tangan Bugatti Chiron

Syarikat berkenaan mengumumkan kerjasama dengan Bugatti pada Mac 2019. Pengasas syarikat, Jacob Arabo mengatakan pada masa itu bahawa Chiron adalah sebuah jentera yang mempunyai “kejuruteraan yang sempurna.”

Syarikat pembuat jam itu sudah pun melancarkan dua jam tangan lain yang diilhamkan oleh Bugatti. Ia membabitkan Twin Turbo Furious Bugatti yang dihasilkan hanya sebanyak 18 unit dan Epic X Chrono Carbon Bugatti yang dibuat 110 unit.

Jacob & Co masih belum mengumumkan berapa unit jam tangan yang diinspirasikan dari Bugatti Chiron akan dihasilkan. Pastinya ia mempunyai jumlah yang terhad untuk memastikan ia betul-betul unik berbanding jam lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here