Kereta kebal mini ini dihasilkan dari mesin pemotong rumput

2813

Semenjak pandemik Covid-19 tersebar, banyak aktiviti kreatif dan kemahiran baru yang dilakukan masyarakat seluruh dunia, berikutan terbatasnya pergerakan dan perintah dari kerajaan tempatan untuk sentiasa berada di rumah.

kereta kebal mini

Bagi seorang pemilik bengkel perabot dari Millersburg, Ohio, iaitu Jason Hibbs, dia mempunyai cara tertentu menghabiskan masa terluangnya.



Pada mulanya, Hibbs menyatakan dia mula merasa bosan selepas semua aktivitinya terbatas kerana penularan pandemik Covid-19. Untuk mengatasi rasa bosan tersebut, lelaki berusia 32 tahun tersebut membuat keputusan untuk mencipta sebuah kereta kebal mini dari sebuah mesin rumput.

“Saya mempunyai beberapa tempahan ketika pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia. Bagaimanapun, semua tempahan berkenaan terpaksa dihentikan sementara.

“Saya tidak pandai duduk diam dan satu hari semasa sedang memotong rumput, secara tiba-tiba muncul idea untuk menghasilkan mesin potong rumput menjadi kereta kebal,” katanya.

Kerana kepakaran Hibbs dalam membuat perabot, badan dan rangka kereta kebal mini tersebut dihasilkan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang digunakan direka bentuk dengan teliti supaya menyerupai badan kereta kebal yang sebenar.

Selain itu, bahagian meriam kereta kebal ini dicipta menggunakan paip PVC, sementara bahagian tayar berantai, ia dicipta menggunakan besi yang sebenar.

Kereta kebal mini ini diwarnakan dengan warna hijau gelap, supaya ia kelihatan sama seperti warna yang digunakan tentera. Sebagai hiasan tambahan, Hibbs menyertakan beberapa logo seperti bintang, rama-rama dan tulisan Covid-19.

Sumber: lebanon-express.com, oto.detik.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here