Ini harga Mercedes-Benz sebelum dan selepas pengecualian cukai, pengurangan sehingga RM49k

3571

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mendedahkan senarai harga baharu kenderaan-kenderaan mereka berikutan pengecualian cukai seperti diperkenalkan oleh kerajaan.

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Masa Pendek (PENJANA), kerajaan menghapuskan 100 peratus cukai kenderaan CKD dan 50 peratus cukai kenderaan CBU.



Ini menyaksikan perubahan harga untuk semua kenderaan CKD dan CBU Mercedes di Malaysia dari A-Class, CLA, C-Class, hinggalah S-Class dan CLS.

Terdapat juga model Mercedes-AMG yang menerima pengecualian cukai ini iaitu A 35, A 45 S, CLA 45 S, GLA 45, C 43, C63 Sedan dan Coupe, GLC 43, GLC 63 S, dan GLE 43.

Penurunan harga terbesar berlaku pada model S 450L AMG Line, iaitu lebih RM49,000 atau kira-kira 7 peratus.

Berikut adalah senarai penuh:

MBM juga memperkenalkan Mercedes-Benz Star Shield sebagai protokol keselamatan untuk pengedar dan anda sebagai pelanggannya.

Ini merangkumi pelan keselamatan seperti nyahkuman di kawasan-kawasan yang perlu, dan balutan perlindungan pada tempat duduk dan stereng sebelum servis dibuat.

Tambahan lagi, MBM memperkenalkan inisiatif Drop & Go, Door-to-door, dan Express Service.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here