Minat kereta dan motor, Zizan Razak kini pemilik bengkel GGS Eurotech Sdn Bhd

19497

Pelakon, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak kini dikatakan dapat merealisasikan impian untuk membuka sebuah bengkel dan sebagai langkah untuk menceburi bidang perniagaan.

zizan razak

Zizan mendakwa dalam video di Instagramnya, antara sebab dia membeli bengkel yang bernama GGS Eurotech Sdn. Bhd. tersebut ialah minatnya yang mendalam dalam dunia automotif.



“Sebenarnya Zizan memang minat dalam dunia permotoran, automotif, kereta dan motosikal. Kali ini Zizan buat pengakuan yang Zizan dah beli syarikat GGS Eurotech Sdn. Bhd. ni,” katanya.

Menurut Facebook rasmi syarikat tersebut, bengkel ini menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Perkhidmatan penyelenggaraan
  • Pemeriksaan lengkap keadaan kenderaan
  • Diagnosis berkomputer
  • Servis baik pulih komponen kenderaan (ekzos, suspensi, transmisi dan sebagainya)
  • Aksesori hiburan dalam kereta
  • Aksesori kit badan
  • Filem penebat haba
  • Perkhidmatan perincian dalaman dan luaran kereta

Mereka juga menawarkan khidmat bantuan kecemasan seperti tunda 24 jam dan pengurusan dan pembaikan kemalangan. Pembaharuan insurans dan cukai jalan juga boleh dibuat di sini.

GGS Eurotech adalah pusat servis automotif yang beroperasi di Petaling Jaya. Pusat servis ini menyediakan banyak perkhidmatan, sesuai dengan semua keperluan pemilik kenderaan.

Pusat servis ini turut dilengkapi dengan 34 ruang kerja, 13 ruang pembaikan badan dan cat, 1 ruang pemeriksaan dan 20 unit two-post dan scissors hoist.

Untuk motosikal berkuasa tinggi, pusat servis ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih. Selain menyediakan superbike mengikut sokongan teknikal dan spesifikasi pemilik, pusat servis ini juga mempunyai kemudahan sperti dyno.

Semoga Zizan Razak mampu menguruskan dan memajukan pusat servis yang menyediakan pelbagai kemudahan ini.

Sumber: Instagram Zizan Razak, Facebook GGS Eurotech Sdn. Bhd., ggsgroup.com.

1 KOMEN

  1. Ini baru terbaik bukan mcm bisnes pokok ceri, salah sikit keluar warning letter, berkumpul je sbb check brg keluar warning letter.. nak bankrap la tu. Kondem salah staff

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here