Utama Berita Automotif Zizan hadiah ibu kereta idaman, Mercedes GLC 300 4Matic Coupe bernilai RM470k

Zizan hadiah ibu kereta idaman, Mercedes GLC 300 4Matic Coupe bernilai RM470k

121
November lalu, Zizan Razak menghadiahkan Yamaha XMax 250 kepada abangnya, Hafiza Razak.
 
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak itu sekali lagi membuat kejutan menghadiahkan sebuah SUV Mercedes-Benz kepada ibu kesayangan.
 
 
Momen indah itu dikongsi abangnya Hafiza Razak menerusi video pendek di akaun TikTok.
 
Ketika tiba di Hap Seng Star, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, penjual kereta tersebut berpura-pura menyoal sama ada ibu kepada Zizan Razak itu meminati kenderaan Mercedes.
 
“Ibu suka Mercedes ke? Lepas itu ajak tengok kereta baru kot kot berkenan, ialah nak tunggu berbuka kan.
 
“Apa salahnya tengok bukan kena bayarpun, tapi ibu masa ni langsung tak perasan apa-apa.
@hafizarazak869 Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @RatuEliz57 ♬ original sound – Hafizarazak869

“Mungkin masa ni hati ibu berkata-kata wow bertuahnya orang ni dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya abangnya menerusi kapsyen video. 
 
Ibu Zizan Razak terkejut selepas melihat Mercedes-Benz GLC 300 4Matic berwarna hitam dan nama pemilik yang tertera pada skrin. 
 
“Tahniah, anda adalah pemilik, ibu tercinta, daripada anakmu Zizan.” 
 
Tidak dapat menahan sebak, ibunya menangis gembira lalu memeluk Zizan.
 
GLC 300 4MATIC Coupé salah satu model SUV popular Mercedes-Benz yang dijual pada harga RM469,888. 
 
SUV itu memiliki panjang 4,763mm, lebar (1,890mm) dan tinggi (1,699) yang mana lebih besar berbanding generasi pertama. Ia lebih panjang 31mm dan 5mm tinggi manakala lebar kekal sama.
 
GLC 300 4Matic Coupe itu menggunakan menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menyalurkan 258hp dengan tork setinggi 400Nm. Pecutan 0-100kmj hanya 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 246kmj.

 

 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here