Azlan Shah berlumba tanpa gaji pada perlumbaan ARRC Thailand

274

Hujung minggu lalu, lagu Negaraku bergema di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand selepas Azlan Shah menjuarai Perlumbaan 1 dalam kempen pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), kategori ASB1000. 

Walaupun pasukannya TKKR Racing hampir menarik diri daripada saingan susulan masalah kewangan namun notis saat akhir memberi harapan buatnya.



Menerusi podcast Youtube TKKR TV, Azlan menyatakan mengetahui dapat terbang ke Thailand pada saat akhir. 

“Minggu sebelum itu saya dah redho macam takpe, tak dapat race..rezeki setakat ini saja untuk tahun 2024.

“Ahad dapat berita untuk fly rasa dah lega, Alhamdulilah dapat berlumba lagi…masih diberi peluang untuk buktikan diri yang masih berharga..old is gold remember that,” katanya. 

KEJAR GELARAN JUARA SEBELUM BERSARA

Mengakui pasukannya masih bergelut dengan isu penaja dan kewangan, Azlan menyatakan hanya akan bersara selepas dapat mengejar gelaran juara. Walaupun sebelumnya beliau merancang untuk pencen pada usia 40 tahun.

“Tahun ini jadi juara keseluruhan Asia Road Racing dan ambil title tu baru berfikir nak pencen ke tidak.

“Tahun ini saya dah Master dan usaha dapatkan kejuaraan itu kembali..tiada masalah walaupun jentera tahun 2023. Apapun boleh, abang bagi saya Vespapun boleh jadi,” jelasnya berjenaka.

Walaupun melalui fasa yang sukar, Azlan menyatakan dirinya masih bersyukur dan mengakui impak perlumbaan ARRC tahun ini berbeza yang mana menjadi perbualan hangat susulan penyertaan dua nama besar. 

“Kita kena bersyukur dan berdiri dekat mana, teampun tengah struggle tengah goyang..Jentera tahun lepaspun masih kompetitif masih relevan..untuk race haritu masih boleh beri saingan walaupun enjin race hampir kaput.

“Saya harap pasukan dapat ke perlumbaan Zhuhai dan sokongan BMW Motorrad, dapat enjin baru yang lebih laju di laluan lurus.

“Saya juga boleh pergi race, boleh menang lagi di Zhuhai dan sponsor pandang kami..saya dapat gaji,” katanya menambah tahun ini beliau akan kembalikan Azlan Shah Moto2.

MASALAH HEBAHAN PENAJA TERLALU KECIL

Sementara itu, Prinsipal pasukan, Bobie Farid Shamsuddin tidak patah semangat walaupun TKKR Racing diberi tugas untuk berdiri atas kaki sendiri serta tidak menafikan kemunculan XOX bersama Perak FC sejak musim lalu menyumbang kepada beberapa keputusan dalam pasukan itu.

“Feeling lain bawa lagu Negaraku dekat tanah asing..feeling dia lain sebab usaha kita.

“Dengan sejarah kehidupan saya sendiri untuk dapat bawa nama dan Negaraku dalam scene motorsport satu achievement sangat-sangat membanggakan walaupun benda tu tak mendatangkan hasilpun..bangga dia lain..

“Masalah hebahan penaja dalam sukan motorsport masih lagi terlalu kecil kerana pulangan dalam penaja tidak begitu jelas,” katanya dalam podcast tersebut. 

VIDEO

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here