Utama Berita Automotif #KLIMS2026 : Perodua teaser Myvi baharu, lancar tahun depan?

#KLIMS2026 : Perodua teaser Myvi baharu, lancar tahun depan?

166

Perodua mendedahkan video teaser model baharu akan datang pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2026) yang berlangsung pada 12 hingga 21 Jun di MITEC.

Di bahagian bawah skrin besar berkenaan memaparkan papan tanda gergasi bertulis COMING SOON”. Skrin tersebut memainkan video siluet dan muka depan hatchback berkenaan tanpa mendedahkan sebarang informasi berkaitan model baharu tersebut. 

Pada video berkenaan menunjukkan fascia depan dengan lampu nipis bersama lencana rasmi Perodua.

Meskipun tiada tarikh pelancaran rasmi diberikan, dipercayai model tersebut merupakan Myvi generasi keempat yang bakal diperkenalkan tahun depan. Motoqar turut difahamkan versi hibrid turut bakal menyusul selepas pelancaran hatchback tersebut. 

Menerusi kepakaran penyelidikan dan pembangunan Perodua, Myvi generasi baharu itu kemungkinan akan menggunakan platform segmen-B berasaskan Daihatsu New Global Architecture seperti mana boleh ditemui pada model Alza, Ativa dan Traz.

Kemudian, ia akan dipertingkat dari segi keselamatan serta unit rangkaian kuasa yang bersesuaian dan tawaran rekaan badan atas dan juga dalaman lebih moden.

Model dengan kod D01D itu kemungkinan bakal menggunakan tiga pilihan enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter aspirasi semulajadi (NA) serta 1.5 liter hibrid.

Manakala versi hibrid akan berkongsi rangkaian kuasa Hybrid Electric Vehicle (HEV) baharu bersama Toyota Yaris Cross, iaitu 1.5 2NR-VEX bersama motor elektrik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here