Utama Berita Automotif Hyundai Malaysia beri petunjuk pelancaran MPV baharu, Stargazer

Hyundai Malaysia beri petunjuk pelancaran MPV baharu, Stargazer

327

Peminat jenama Hyundai di Malaysia kini tertumpu kepada satu perkongsian misteri daripada Hyundai Motor Malaysia yang memberi petanda bahawa sebuah model baharu bakal membuat kemunculan minggu ini.

Menerusi hantaran di akaun Facebook jenama berkenaan memaparkan imej teaser dengan kapsyen “A New Star Takes Centre Stage”.

Difahamkan, model yang dimaksudkan sebagai “bintang baharu” itu adalah Hyundai Stargazer, yang bakal membuat kemunculan rasmi di pentas Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS). 

Walaupun butiran rasmi mengenai spesifikasi penuh masih belum didedahkan, imej teaser tersebut menunjukkan muka depan menerusi bar lampu panjang memberikan sentuhan futuristik yang menjadi identiti terkini bagi barisan model Hyundai.

Kehadiran Hyundai Stargazer dijangka bakal memberikan persaingan sengit dalam segmen MPV di Malaysia yang mana ia memiliki panjang 4,460mm, lebar (1,780mm), tinggi (1,690mm) dan jarak roda 2,780mm.

Di Indonesia, model berkenaan didatangkan dengan lima pilihan varian yang menggunakan enjin 1.5L MPI berkuasa 115PS @ 6,300rpm dan tork 143.8Nm @ 4,500rpm bersama pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau IVT (Intelligent Variable Transmission). 

Selain itu, ia didatangkan dengan pilihan bentangan enam atau tujuh kerusi bersama ciri peralatan seperti skrin audio 8-inci, pengecas telefon tanpa wayar dan meter kluster LCD.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here