Hyundai bakal muncul dengan produk baharu bersaing dengan Perodua Alza dan Toyota Avanza

656

Hyundai dikhabarkan bakal memperkenalkan MPV tujuh tempat duduk yang akan bersaing dengan Honda BR-V, Perodua Alza dan Toyota Avanza.

Dikatakan model itu akan dinamakan sebagai Hyundai Stargazer.  Imej intip model itu pernah dikesan di negara asalnya Korea Selatan selain Indonesia.

Kehadiran model itu menjalani ujian enduran di Indonesia seolah menandakan MPV kompak tersebut bakal memasuki pasaran negara jiran. 

Hyundai Stargazer yang dikesan di Korea Selatan ditutupi dengan kamouflaj sepenuhnya bagaimanapun bahagian depan sekurangnya menunjukkan rekaan MPV itu berasaskan  Hyundai Staria dengan penggayaan futuristik. 

Jom Baca:   Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus didakwa bunuh dua remaja

Lampu belakangnya berbentuk segitiga dengan lampu brek yang memanjang di tengah bahkan bahagian sisinya seperti Hyundai meniru penampilan Mitsubishi yang lebih ke arah rekaan SUV.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here