Rider langgar lampu merah, ‘melambung’ dilanggar Honda CR-V

2192

Isu rider yang sering melanggar lampu merah bagi segera menghantar pesanan mahupun mengejar trip sering kali dipaparkan di media sosial bahkan dirakam kamera papan pemuka kenderaan berhampiran.

Terkini, satu lagi kejadian yang sama dipercayai berlaku di Port Klang yang dikongsi akaun Facebook Chak Soon.



Menerusi rakaman video papan pemuka berdurasi 49 saat itu menunjukkan dua orang rider yang dipercayai melanggar lampu merah dari lorong sebelah kanan simpang empat.

Bagaimanapun penunggang di depan berjaya melintasi jalan berkenaan namun penunggang di belakang dilanggar sebuah Honda CR-V lalu melambung dan helmetnya juga tercampak. 

Berdasarkan imej yang dikongsi boleh dilihat Honda CR-V tersebut mengalami kerosakan teruk pada bahagian bampar, hud dan cermin depan. Akibat perlanggaran tersebut, makanan yang dibawa rider bertaburan di atas jalan. 

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Nak mudahkan diri tapi menyusahkn org lain.”

“Allahuakbar.. Moga rider amik ikhtibar dari video ni. Hati² hargai nyawa.”

“Apasal pergi langgar lampu merah tu.”

“Takpe benda dia cari sendiri..lampu merah utk berhenti bukan bt cari mati.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here