Syarikat tempatan beli kereta terbang EHang 216 berharga RM10.4 juta

941

Syarikat tempatan SMTrack Bhd, yang merupakan penyedia penyelesaian teknologi Frekuensi Radio (RFID) memeterai perjanjian jual beli dengan Strong Rich Holding Ltd untuk membeli kenderaan udara autonomi.

Kenderaan tersebut yang dikenali sebagai ‘kereta terbang’ (AAV) EHang 216 yang bernilai AS2.5 juta (RM10.4 juta), ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan moden untuk penduduk di bandar.



EHang 216 mempunyai ketinggian 1.77 meter dan 5.61 meter lebar dengan kapasiti muatan berpenumpang maksimum 220kg dengan kelajuan 130kmj.

Kereta terbang itu mencapai ketinggian 3,000 meter dengan jarak penerbangan sejauh 25km selama 21 minit. Selain itu, ia menggunakan kuasa elektrik 100 peratus bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

EH216 itu hadir dengan nombor siri pembuatan EH22000016, dibeli bersama-sama dengan semua bahagian yang dipasang, termasuk unit kuasa, kipas dan gear pendaratan, avionik utama, dalaman kabin, dan roda, dipasang, atau disambung pada AAV.

“Rasional pengambilalihan itu adalah untuk mewujudkan integrasi perniagaan dengan Strong Rich bagi meningkatkan hasil SMTrack,” 

“Pengambilalihan itu akan dibiayai melalui hasil yang dikumpul daripada terbitan nota boleh tukar boleh tebus dan tawaran saham persendirian.

“Pengambilalihan itu tidak akan memberi sebarang kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan kadar hutang SMTrack bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Disember 2021, namun dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatannya pada masa depan,” kata syarikat tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here