Roboteksi Hello langgar dua pejalan kaki di China

9

Sebuah kenderaan autonomi yang dikendalikan oleh Hello (dahulunya Hellobike) terlibat melanggar dua pejalan kaki di bandar Zhuzhou, China. 

Menurut saksi kejadian, kejadian yang berlaku di jalan Yanjiang pada jam 9 pagi menyebabkan seorang mangsa terperangkap di bawah kenderaan manakala seorang lagi mengalami kecederaan di lokasi berhampiran.

Video menunjukkan mangsa yang terperangkap bawah kenderaan itu, memakai topi keledar dengan pendarahan di bahagian muka. Sementara orang ramai cuba mengangkat kenderaan tersebut untuk menyelamatkan mangsa. 

Pihak berkuasa mengesahkan kejadian itu melibatkan kenderaan autonomi yang bertanda jelas dengan “Hello Autonomous Driving” dengan nombor “3009″, yang sedang bergerak ke arah selatan sejurus melepasi lintasan pejalan kaki.

Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian, dan kedua-dua mangsa seorang lelaki dan wanita dihantar ke Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Hunan untuk mendapatkan rawatan rapi (ICU).

Ketika dihubungi wartawan Dafeng News, wakil khidmat pelanggan Hello mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan menyatakan syarikat itu sedang ‘bekerjasama secara aktif dengan jabatan berkaitan’ dalam siasatan.

Latar Belakang Operasi Hello

Apollo RT6

Kenderaan autonomi Hello memulakan ujian jalan raya pada Ogos tahun ini selepas menerima kelulusan kawal selia di Zhuzhou, dengan kira-kira 20 hingga 30 kenderaan beroperasi di jalan raya yang dibenarkan di seluruh bandar itu.

Walaupun Hello baru-baru ini memperkenalkan kenderaan autonomi L4 “HR1” yang dibangunkan sendiri (berasaskan platform Dongfeng Venucia VX6) pada September, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Apollo RT6 yang dibeli daripada Baidu.

RT6 yang dibangunkan bersama Baidu dan JMC, merupakan kenderaan autonomi generasi keenam Baidu Apollo, dengan kos pengeluaran kurang daripada USD 30,000 (RM123,210).

Hello, sebuah syarikat gabungan Alibaba terkenal dengan platform perkongsian p hailing lalu berkembang ke perkhidmatan e-hailing dan mempunyai rancangan bercita-cita tinggi dalam sektor kenderaan autonomi.

Hanya beberapa hari sebelum kemalangan itu, syarikat mengumumkan kenderaan autonomi L4 pertamanya yang dijadualkan untuk pengeluaran besar-besaran menjelang Jun 2026 manakala pelan penghantaran kumpulan kecil pada Mac.

Pengasas bersama syarikat, Yu Qiankun sebelum ini menyatakan harapan untuk melaksanakan lebih daripada 50,000 roboteksi menjelang 2027.

Roboteksi Hello  sedang diuji di dua bandar kecil Zhuzhou dan Liyang yang mana perkhidmatan roboteksi tersebut digantung selepas insiden berkenaan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here