Utama Berita Automotif Insiden litar Zaqhwan-Hafizh selesai, HRM gantung krew terlibat

Insiden litar Zaqhwan-Hafizh selesai, HRM gantung krew terlibat

1426

Kekecohan yang berlaku selepas Perlumbaan 2 kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2025 melibatkan pelumba Zaqhwan Zaidi (Honda Racing Malaysia) dan Hafizh Syahrin (JDT Racing Team) telah diselesaikan secara damai.

Namun begitu, Honda Racing Malaysia (HRM) bertindak tegas dengan menggantung individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

Menurut kenyataan, HRM memaklumkan bahawa insiden tersebut telah disiasat sepenuhnya oleh pengurusan perlumbaan dan hukuman yang sewajarnya telah dikeluarkan mengikut peraturan kejohanan.

TIDAK PUAS HATI DIL LITAR

Insiden tersebut menjadi tular susulan perlanggaran di litar, yang kemudiannya dipercayai mencetuskan ketidakpuasan hati di kawasan teknikal.

HRM menegaskan walaupun beremosi susulan perlanggan tersebut, isyarat tangan yang ditunjukkan oleh anggota pasukan tidak boleh diterima dan tidak mewakili nilai profesionalisme yang dijunjung oleh pasukan itu.

“Kami kesal atas sebarang ketidakselesaan yang timbul kepada pasukan lain, penonton, dan komuniti sukan permotoran,” kata kenyataan itu.

TINDAKAN DISIPLIN SERTA MERTA

Susulan semakan dalaman yang dilakukan, pasukan mengesahkan bahawa tindakan disiplin telah dikenakan.

“Individu yang terlibat digantung daripada semua aktiviti pasukan berkuatkuasa serta-merta,” jelas HRM.

Pihak HRM dan Pasukan JDT Racing telah menyelesaikan isu berkenaan secara profesional bagi mengekalkan rasa hormat antara pasukan dan pelumba.

HRMturut berjanji akan memperkasa kesedaran dan pendidikan dalaman bagi memastikan semua ahli pasukan terus menunjukkan integriti, disiplin, dan rasa hormat, sama ada di dalam atau di luar litar.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here