
Skandal besar di PT Pertamina (Persero) terbongkar apabila pendakwaan mendedahkan pemerolehan import dan eksport minyak mentah secara haram telah memperkaya 19 syarikat asing dan swasta serta menyebabkan kerugian kewangan negara mencecah IDR 285.1 trilion (kira-kira RM92.7 bilion).
Fakta ini didedahkan dalam surat dakwaan yang dibacakan oleh Jaksa Penuntut Umum (JPU) di hadapan lima tertuduh, termasuk Muhamad Kerry Adrianto Riza (Pemilik Manfaat PT Navigator Khatulistiwa), di Pengadilan Tipikor Jakarta Pusat.
Modus Operandi & Untung Secara Haram

JPU mendedahkan bahawa tiga pegawai tinggi Pertamina, termasuk VP Feedstock Management PT Kilang Pertamina Internasional, Agus Purwono dan Pengarah Feedstock dan Product Optimization PT Kilang Pertamina Internasional, Sani Dinar Saifuddin didakwa:
- Mengusulkan 10 syarikat asing secara langsung sebagai pemenang bidaan import minyak mentah tanpa mematuhi etika perolehan.
- Sengaja membocorkan harga anggaran sendiri (HPS) yang merupakan maklumat sulit lelongan.
- Mengatur pertemuan, jamuan makan dan golf bersama 10 syarikat asing tersebut untuk menetapkan pemenang bidaan.
Dilaporkan 10 syarikat asing tersebut secara keseluruhannya memperoleh kekayaan haram berjumlah USD 570.27 juta (RM2.4 bilion), termasuk syarikat gergasi seperti Vitol Asia, Socar Trading Singapore, Shell International Eastern Trading Company, dan Glencore Singapore.
Berikut senarai 10 syarikat asing yang didakwa diperkaya secara melanggar undang-undang menerusi pemerolehan import minyak mentah oleh Pertamina dengan keuntungan keseluruhan USD 570,267,741.36 :
- Vitol Asia Pte Ltd: USD 175,251,792.95
- Socar Trading Singapore Ptd.Ltd: USD 104,878,671.88
- Shell International Eastern Trading Company: USD 94,713,572.15
- Glencore Singapore Pte.Ltd: USD 81,438,044.74
- ExxonMobil Asia Pacific Pte.Ltd: USD 61,620,388.93
- BP Singapore Pte.Ltd: USD 36,258,298.95
- Trafigura Asia Trading Pte.Ltd: USD 6,252,595.87
- Petron Singapore Trading Pte.Ltd: USD 5,121,891.75
- BB Energy (Asia) Pte.Ltd: USD 4,318,477.36
- Trafigura Pte.Ltd: USD 414,006.78
“Tertuduh Agus Purwono, Sani Dinar Saifuddin, dan Dwi Sudarsono mengusulkan 10 rakan niaga sebagai pemenang pemerolehan import minyak mentah walaupun amalan pelaksanaan tidak sesuai dengan prinsip dan etika.
“(Para tertuduh juga) melakukan perubahan syarat utama berupa isipadu pemerolehan dan waktu penghantaran serta mengundang syarikat yang sedang dikenakan sekatan untuk menyertai lelongan,” ujar pendakwa raya.
Pemerolehan Eksport
Selain itu, sembilan syarikat tempatan lain termasuk anak syarikat Pertamina seperti PT Kilang Pertamina Internasional dan PT Pertamina EP Cepu (PEPC), juga diperkaya secara haram menerusi pemerolehan eksport minyak mentah dengan nilai mencecah USD 1.82 bilion (RM7.69 bilion).
Keseluruhan penyelewengan dan pemerolehan haram ini melibatkan 18 suspek yang telah dinamakan oleh Badan Kehakiman Negara.
Lima individu mula didakwa pada Isnin, manakala empat lagi didakwa lebih awal pada Khamis lalu. Sembilan suspek lain, termasuk Mohamad Riza Chalid, masih menunggu kertas siasatan mereka diajukan ke mahkamah.
Secara keseluruhan, tujuh syarikat Kontraktor Kontrak Kerja Sama (KKS) diperkaya dengan nilai mencecah USD1,131,172,713.17. Perinciannya adalah seperti berikut:
-
Medco E&P Natuna Ltd:
-
Tempoh H2 2020: USD 24,024,397.76
-
Tempoh 2020: USD 69,418,857.64
-
-
Petronas Carigali Ketapang II Ltd (PCK II):
-
Tempoh Q1 2021: USD 19,575,475.39
-
Tempoh 2022: USD 184,785,719.20
-
-
PT Pema Global Energi (PT PGE):
-
Tempoh 2023: USD 20,135,775.01
-
-
Exxon Mobil Cepu Ltd (EMCL):
-
Tempoh H2 2022: USD 317,875,084.17
-
Tempoh 2023: USD 495,357,404.00
-