
MForce Bike Holdings rasmi melancarkan Cyclone RT2S dan RT5 ke pasaran tempatan pada harga masing-masing RM13,888 dan RM16,888.
Cyclone RT2S dan RT5 tampil dengan enjin 247cc, silinder tunggal, 4-lejang DOHC dengan sistem penyejukan air berkuasa 19.5kW @ 8,500 rpm serta tork 24.5Nm @ 6,500 rpm bersama transmisi automatik.
Namun, Cyclone RT2S menggunakan sistem ECU untuk pengurusan bahan api sementara RT5 pula dipadankan dengan sistem EFI.
Antara ciri menarik yang ditawarkan pada kedua-dua model termasuklah termasuk Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) untuk kestabilan maksimum.
Ia kemudian dipadankan dengan pelana 750mm dua tingkat serta visor touring tinggi untuk perlindungan angin yang lebih baik.
Cyclone RT5 menerima ciri peralatan tambahan seperti panel meter TFT yang moden serta kamera terbina dalam di hadapan untuk keselamatan tambahan.
Ia juga memiliki tangki bahan api yang lebih besar iaitu 18 liter, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan jauh berbanding RT2S bersaiz 12.6 liter.
Dari segi sistem suspensi, kedua-duanya menggunakan fork teleskopik di hadapan bagi memastikan pengendalian yang mantap dan selesa di pelbagai keadaan jalan raya.
Manakala dimensi Cyclone RT5 lebih panjang iaitu 2,205mm berbanding Cyclone RT2S dengan panjang 2,100mm. Dari segi lebar, Cyclone RT2S sedikit lebih lebar dengan ukuran 790 mm berbanding 767 mm pada Cyclone RT5.
Selain itu, Cyclone RT5 menawarkan jarak kelegaan tanah 155 mm berbanding 135 mm pada Cyclone RT2S dengan berat masing-masing 190kg dan 179kg.



