Utama Berita Automotif Morbidelli C252V rasmi lancar, harga RM16,988

Morbidelli C252V rasmi lancar, harga RM16,988

14

MForce Bike Holdings menawarkan pilihan kruiser terbaharu, Morbidelli C252V sempena pameran Bike Malaysia Show (2026) yang berlangsung di MAEPS, Serdang bermula hari ini sehingga 1 Jun.

Model kruiser itu ditawarkan pada harga cadangan RM16,988, menjadikannya antara pilihan paling menarik bagi mereka yang inginkan gaya klasik dengan sentuhan teknologi moden.

Kekuatan utama Morbidelli C252V terletak pada nadi enjin V2-silinder bersesaran 249cc, 4-lejang, 8-injap SOHC penyejukkan cecair. Ia menghasilkan kuasa 19kW @ 9,000 rpm dan tork 25Nm @ 5,500 rpm bersama kotak gear 6-kelajuan dengan klac slipper untuk penukaran gear lebih lancar dan selamat.

Morbidelli C252V turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai standard.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork depan jenis terbalik dan penyerap hentak belakang berkembar boleh laras.

Keupayaan menghentikan jentera dua roda itu diserahkan kepada brek cakera 320mm dengan angkup 4-piston di hadapan dan cakera 260mm dengan angkup 2-piston di belakang.

Dengan berat keseluruhan 200kg dan ketinggian pelana 690 mm, Morbidelli C252V menawarkan posisi tunggangan yang santai dan ergonomik. Kapasiti tangki bahan api sebesar 15.5 liter pula sangat praktikal untuk perjalanan jauh.

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna yang maskulin iaitu Bulk Black, Moss Green, dan Urban Silver.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here