Utama Berita Automotif Bawah RM8,000! Morbidelli SC200SR tiba di Malaysia

Bawah RM8,000! Morbidelli SC200SR tiba di Malaysia

18

MForce Bike Holdings terus menggegarkan pasaran skuter tempatan dengan pelancaran model terbaharu, Morbidelli SC200SR pada harga cadangan RM7,988 seunit. 

Ia menggunakan enjin 169cc, 4-lejang, SOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 11.9kW @ 8,000 rpm dan tork 15.1Nm @ 7,000rpm bersama transmisi V-Belt automatik. 

Antara ciri peralatan premium yang ditawarkan Morbidelli SC200SR adalah :

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS): Didatangkan sebagai ciri standard untuk pemantauan keselamatan tayar secara real-time.

  • Sistem Brek Cakera: Dilengkapi cakera 260mm 2-piston di hadapan dan cakera 233mm 1 piston di belakang untuk kuasa henti yang lebih yakin.

  • Suspensi belakang jenis monoshock yang boleh dilaras bagi memberikan keselesaan optimum mengikut kesesuaian penunggang.

Dengan berat keseluruhan 142kg, SC200SR menawarkan kestabilan yang mantap dengan jarak roda sepanjang 1,395mm. Kapasiti tangki bahan api sebesar 7.8 liter juga memastikan penunggang tidak perlu terlalu kerap berhenti di stesen minyak untuk perjalanan jauh.

Ketinggian pelana 780mm dipadankan dengan panel meter LCD moden yang memaparkan pelbagai informasi tunggangan. 

Morbidelli SC200SR boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menawan iaitu Kingfisher Green, Bulk Black, dan Sprint Purple. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here