Kereta mainan RM171k! Hanya untuk replika Rolls-Royce Cullinan

2746

Rolls-Royce terkenal dengan produk keluaran mereka yang mewah dan eksotik. Sebelum ini, kami ada menceritakan bagaimana replika Rolls-Royce Cullinan dengan skala 1:8 ini direka dan beberapa fungsi dan ciri-cirinya. Kini, harga rasmi untuk replika ini telah pun didedahkan.

 Rolls-Royce Cullinan

Replika ini dikatakan berharga sekitar $17,000 (RM72,700) untuk harga permulaan, dan boleh mencecah sehingga $40,000 (RM171,060). Namun, harga tersebut berkemungkinan akan meningkat naik jika mendapat permintaan yang tinggi.



Dalam video yang dimuat naik oleh saluran Youtube Supercar Blondie, terpapar jelas replika berskala 1:8 Rolls-Royce Cullinan beserta dengan model aslinya.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, bonet belakang kereta mainan ini dapat dibuka dan pada ruangan belakang, terdapat satu alat kawalan yang boleh mengawal keseluruhan kereta mainan tersebut termasuk bonet hadapan yang memperlihatkan replika enjin V12 di bawahnya dan semua jenis lampu.

Cullinan denga skala 1:8 ini memiliki rupa bentuk dan ciri-ciri yang hampir sama dengan ukuran kereta sebenar.

Satu unit replika ini dihasilkan dalam masa 450 jam oleh para pembuatnya. Ini bermakna masa untuk menghasilkan kereta mainan ini lebih lama dari masa yang diambil untuk menghasilkan model sebenar.

Kehadiran kereta mainan ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah memiliki Rolls-Royce Cullinan kerana ia merupakan model dengan skala yang sesuai untuk crossover mereka. 

Sumber: Youtube Supercar Blondie

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here