Rolls-Royce ambil masa 450 jam untuk hasilkan replika Cullinan dengan skala 1:8

2228

Membeli dan memiliki kereta mewah sudah tentu menjadi impian setiap orang. Salah satu kereta yang mungkin diimpikan dari jenama ultra-mewah iaitu Rolls-Royce.

replika Rolls-Royce

Mereka kini menghasilkan replika salah satu model keluarannya iaitu Cullinan, khas untuk pelanggan setia mereka.



Pengasasnya, Sir Henry Royce pernah berkata, “Perkara-perkara kecil menghasilkan kesempurnaan, tetapi kesempurnaan bukanlah perkara yang kecil.” Berdasarkan kata-kata tersebut, Rolls-Royce Motor Cars memperkenalkan replika model Cullinan kepada para pelanggannya.

Memandangkan keseronokan memandu kereta terbatas oleh kerana pandemik Covid-19, beberapa idea lain telah timbul.

“Replika Cullinan yang berskala 1:8 direka dengan teliti berdasarkan Cullinan sebenar, dimana setiap perincian dihasilkan dengan sempurna. Sekarang, ia dapat dinikmati oleh pelanggan di seluruh dunia dengan selesa di rumah mereka sendiri,” kata Rolls-Royce dalam satu kenyataan.

Lebih dari sekadar model, setiap replika Cullinan dibuat dengan teliti, yang terdiri dari lebih 1,000 komponen. Proses penghasilan replika ini boleh memakan masa hingga 450 jam, dan ini bermakan ia memerlukan lebih dari separuh masa yang diperlukan untuk membina sebuah Cullinan sebenar di Home of Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex.

Lampu luaran dari replika ini boleh dikawal dengan alat kawalan jauh khas dari Cullinan. Ruangan enjin replika ini direka sama seperti Cullinan yang sebenar, iaitu enjin V12 6.75-liter twin-turbocharged

Untuk makluman, Rolls-Royce Motor Cars adalah anak syarikat milik penuh BMW Group. Syarikat ini sepenuhnya terpisah dari Rolls-Royce plc, pengeluar enjin pesawat dan sistem pendorong. 

Lebih daripada 2,000 pekerja mahir bekerja di ibu pejabat dan kilang pembuatan Home of Rolls-Royce Motor Cars, Goodwood, West Sussex. Ibu pejabat dan kilang tersebut merupakan satu-satunya tempat dimana kereta mewah dihasilkan menggunakan tangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here