Covid-19: BMW Indonesia ‘bungkus’ kenderaan dalam kotak dan hantar ke rumah pelanggan

2141

BMW Indonesia mempunyai cara yang unik untuk proses penghantaran produk mereka di tengah pemularan pandemik Covid-19. Kenderaan yang ditempah akan diletakkan ke dalam kotak bersaiz gergasi dan terus dihantar ke rumah pelanggan.

BMW Indonesia

Pengurus Komunikasi Korporat BMW Group Indonesia, Ismail Ashlan, menjelaskan bahawa langkah ini adalah cara mereka berkempen untuk gerakan #StayAtHome melalui kaedah penyampaian yang luar biasa.



Dalam catatan yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi BMW Indonesia, BMW 3 Series Touring dilihat dibungkus dalam kotak kadbod besar seolah-olah membeli-belah dalam talian. Posting ini kemudian menjadi viral dan banyak masyarakat di Indonesia memebri pelbagai reaksi.

Kereta yang dibeli secara dalam talian (online) akan dihantar oleh pengedar yang membungkus kereta menggunakan kotak kadbod gergasi. Walau bagaimanapun, BMW terus memastikan bahawa penghantaran setiap unit sesuai dengan garis panduan kesihatan.

“Pembungkusan itu adalah bentuk kempen komunikasi transaksi dalam talian sahaja. Sepanjang perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikuatkuasakan di Indonesia, setiap pembelian kenderaan melalui saluran apa pun akan dihantar menggunakan kenderaan towing dan menggunakan prosedur sanitasi yang ketat,” kata Ismail.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here