Covid-19: Donald Trump bela Elon Musk, desak pemerintah California izinkan Tesla kembali buka kilang

1219

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa pemerintah California untuk membenarkan Tesla Inc. membuka semula kilang kereta elektriknya setelah ditutup sejak bulan April yang lalu.

Donald Trump Tesla

“Pemerintah California seharusnya membiarkan Tesla dan @elonmusk membuka kilang mereka sekarang. Ia dapat dilakukan dengan cepat dan selamat! ” tulis Trump di akaun Twitternya.



Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Tesla, Elon Musk berkata pengeluaran akan disambung semula di kilang Fremont di Alameda, California. Hal tersebut sekaligus menentang perintah pemerintah dimana kilang sepatutnya perlu ditutup berikutan perintah lockdown.

Bahkan, Musk sedia untuk ditangkap berkaitan dengan pelanggaran peraturan yang dilakukannya.

Musk juga mengancam untuk memindahkan markas dan program masa depan mereka ke Texas atau Nevada kerana penutupan kilang tersebut.

Trump berhasrat agar ekonomi Amerika Syarikat dibuka semula dan rakyat Amerika kembali bekerja. Dia mempunyai hubungan yang dingin dengan pemerintah California selama bertahun-tahun kerana beberapa masalah, termasuk imigrasi, standard kecekapan bahan bakar kenderaan, pembiayaan untuk kereta api berkelajuan tinggi dan pelbagai masalah persekitaran.

Trump telah beberapa kali bertemu dengan Musk semasa kepimpinannya. Pada bulan Januari, Trump memberitahu CNBC, “Musk adalah salah satu orang genius yang hebat dikalangan kita, dan kita mesti melindungi orang tersebut.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here