Covid-19: Tesla ancam pemerintah California kerana tidak dibenarkan untuk beroperasi

1094

Tesla Inc. menentang pemerintah daerah di California kerana pengeluar kereta elektrik tersebut tidak dibenarkan membuka semula kilang mereka.

Tesla california

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengancam akan memindahkan markas dan program masa depan mereka ke Texas atau Nevada.



Musk telah mengemukakan permintaan untuk membuka semula kilang Tesla Fremont, San Fransisco Bay, Alameda, dan California.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Daerah Alameda mengatakan pengeluar kereta elektrik itu tidak dapat membuka semula kilang mereka kerana perintah lockdown yang dilanjutkan sehingga akhir bulan Mei untuk memutuskan rantaian penyebaran pandemik Covid-19.

Tesla mengatakan kedudukan daerah itu tidak memberikan pilihan selain mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan Tesla dan pekerjanya dapat kembali bekerja.

Syarikat tersebut menyatakan mereka telah menyusun rancangan kembali bekerja yang komprehensif untuk para pekerja termasuk melatih melalui video dalam talian, zon kerja, penapisan udara, syarat untuk menggunakan peralatan pelindung dan protokol kebersihan dan pembasmian kuman yang ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk

Syarikat itu telah memberitahu pihak kesihatan di kawasan Alameda, di mana kilang Fremont berada, mengenai rancangan untuk memulakan semula operasi kilang. Tetapi, pegawai tempatan tidak membalas e-mel yang dihantar oleh mereka.

Tesla mengemukakan tuntutan di mahkamah persekutuan San Francisco pada hari Sabtu (9 Mei 2020), merujuk kepada kenyataan oleh Gabenor California pada hari Khamis (7 Mei 2020) bahawa pengeluar di kawasan ini akan dibenarkan untuk membuka semula kilang tersebut.

Syarikat itu mengatakan Alameda telah menentang perlembagaan persekutuan dan California, dan menentang perintah gabenor.

Kawasan Alameda dijadualkan untuk terus melaksanakan lockdown hingga akhir bulan Mei, dengan hanya perniagaan penting sahaja yang dibenarkan untuk dibuka semula. Kawasan ini menganggap Tesla bukan kategori perniagaan yang penting.

Tesla tahun lalu menghasilkan hampir setengah juta kenderaan di kilang Fremont dan memindahkan keseluruhan kemudahan pengeluaran sudah tentu akan menjadi tugas yang besar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here