Covid-19: Ribuan biri-biri ‘takluk’ jalan raya di Turki

1781

Susulan perintah berkurung (lockdown) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Turki di sebuah bandar bagi pencegah penularan pandemik Covid-19, ribuan biri-biri telah kuasai jalan raya kosong yang tidak digunakan oleh orang ramai.

biri biri covid-19

Kenyataan ini susulan daripada video yang tular diamana ia dihantar oleh Ragip Soylu yang juga seorang wartawan menerusi ciapannya di Twitter.



Video tersebut memaparkan segerombolan biri-biri berarak memasuki bandar berkenaan yang terletak di sempadan utara negara Turki.

“Segerombolan biri-biri menakluki bandar Samsun, Turki semalam ketika perintah berkurung koronavirus (Covid-19),” tulis Ragip dalam ciapannya.

Dalam video yang sama turut kelihatan beberapa biri-biri berehat di kawasan berumput di tepi jalan berkenaan.

Video berkenaan telah ditonton sebanyak 5,000,000 tontonan dan mendapat 44,800 Like serta lebih 15,400 Retweet semasa artikel ini ditulis.

Warganet turut membanjiri ruangan komen kerana terkejut dan ada juga terhibur dengan perkara tersebut.

Turki kini mencatatkan sebanyak 128,000 kes wabak Covid-19 dengan 68,166 jumlah sembuh serta 3,461 kematian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here