Covid-19: India catat sejarah baru, empat jenama kereta di sana catat angka jualan sifar

2577

Syarikat pengeluar kereta di India membabitkan Maruti Suzuki, Hyundai, Mahindra dan MG melaporkan tiada penjualan kereta dilakukan pada bulan April 2020. Ini adalah sejarah pertama bagi syarikat berkenaan apabila jualan kereta mencapai angka sifar.

jualan kereta kosong

Dalam mencegah penularan pandemik Covid-19, Kementerian Dalam Negeri India menguatkuasakan lockdown pada 25 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Lockdown itu kemudiannya dilanjutkan hingga 3 Mei 2020. Akibatnya, jualan kereta bulanan mencapai angka sifar unit.



Biarpun mereka tidak menjual kenderaan di India, Maruti Suzuki masih mengesksport 632 kenderaan dari pelabuhan Mundra pada April 2020. 

Hyundai selaku pengeksport kereta terbesar di India, hanya menghantar 1,341 unit kenderaan ke pasaran luar dari pelabuhan Chennai pada bulan lalu. Sementara Mahindra pula telah mengeksport sebanyak 733 unit kenderaan.

Industri automotif di India akan terus menghadapi masalah serius sekurang-kurangnya beberapa minggu akan datang. Ini kerana, perintah lockdown akan dipanjangkan lagi sehingga 17 Mei 2020.

Bahkan, selepas tarikh tersebut, lockdown di beberapa kawasan kemungkinan akan berterusan. Sementara lockdown pula berkemungkinan akan dimansuhkan dalam beberapa minggu atau beberapa bulan akan datang.

Jika keadaan ini berlarutan, industri automotif mungkin akan memerlukan lebih banyak masa untuk pulih dari pandemik yang terus menjejaskan seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here