Covid-19: Batalkan pembukaan semula kilang, Tesla lanjut cuti untuk pekerja

1322

Tesla Inc mengumumkan akan menambahkan cuti kepada pekerja mereka selama satu minggu lagi. 

Tesla cuti

Ia dilakukan berikutan mahu menangguh rancangan untuk meneruskan operasi kilang mereka yang terletak di San Francisco pada 4 Mei ini.

“Untuk semua pekerja, kecuali jika anda dihubungi oleh pengurus mengenai tarikh operasi semula, anda akan tetap diberi cuti.

“Ia mungkin sekurang-kurangnya satu minggu lagi,” kata penasihat syarikat, Valerie Capers Workman.

Untuk maklumat, Tesla menghentikan sementara pengeluaran produk mereka yang dilakukan di Fremont, California pada 24 Mac lalu.

Tambahan cuti ini diumumkan beberapa hari selepas pegawai kesihatan dari San Francisco County menyemak semula perintah “shelter-in-place” yang akan berakhir pada hari ini.

Jom Baca:   Pencuri pecah masuk Tesla Model 3, mujur ada mod Sentry rakam

Pesanan untuk kenderaan akan dihentikan buat sementara waktu, dimana kelonggaran untuk sebahagian kecil aktiviti yang berisiko rendah amat terhad.

Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta elektrik ini menghentikan pekerja dan melaksanakan pemotongan gaji ketika fasiliti pengeluaran mereka di Amerika Syarikat ditutup akibat pandemik Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here