Covid-19: Jualan kereta di Jepun catat penurunan terendah berbanding 9 tahun sebelum ini

1178

Jualan kereta di Jepun pada bulan April 2020, telah catat penurunan terendah berbanding 9 tahun sebelum ini. Hal ini disebabkan kesan daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia.

jualan kereta jepun

Menurut Japan Automobile Dealers Association, jualan kenderaan di pasaran automotif ketiga terbesar di dunia itu jatuh 29 peratus pada bulan April.



Kadar jualan kereta Jepun itu lebih buruk daripada bulan April tahun 2011. Pada ketika itu, Jepun sedang berusaha mengatasi kesan daripada gempa bumi, tsunami dan kebocoran nuklear. 

Sementara itu, Japan Minivehicle Association berkata, jualan kereta kecil (Kei Car) yang menyumbang sekitar empat dari setiap 10 kenderaan yang dijual di Jepun merosot kepada 34 peratus.

Japan Minivehicle Association juga berkata, perintah dari kerajaan tempatan untuk sentiasa berada di rumah turut mengurangkan kapasiti pengunjung ke pusat jualan.

Permintaan untuk kenderaan di seluruh dunia juga mengalami penurunan, dimana hal ini sudah tentu memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi global. 

Syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun mengalami pengurangan kadar jualan sebanyak 34 peratus pada bulan Mac. Jumlah ini dijangka akan terus mengalami penurunan pada beberapa bulan yang akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here