Chaos, kereta paling ekstrem di dunia dengan 3,000hp

2481

Syarikat talaan dari Greece, Spyros Panopoulos Automotive kini sedang membangunkan sebuah hypercar baru paling ekstrim di dunia yang diberi nama Chaos

Reka bentuk jentera ini masih dirahsiakan dan akan diperkenalkan pada Geneva Motor Show 2021.



Walau bagaimanapun, butiran tentang maklumat teknikal jentera ini sangat mengagumkan. Ia dikatakan dilengkapi dengan enjin 4.0-liter V10 twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 3,000hp apabila menggunakan bahan api E85.

Tenaga daripada enjin itu akan disalurkan kepada transmisi dwi-klac 8-kelajuan. Ia  membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya kurang dari 2 saat.

Sekiranya kuasa yang dihasilkan ini terlalu besar buat pelanggannya, Spyros Panopoulos juga ada menyediakan versi 2,000hp. Versi “entry-level” itu bagaimanapun mempunyai lebih banyak kuasa berbanding dari Bugatti Chiron.

Versi 3,000hp itu membolehkan ia dikerah pada tahap redline sehingga 20,000rpm, iaitu lebih tinggi dari yang terdapat pada Aston Martin Valkyrie.

Chaos

Sementara itu, sebahagian besar hypercar itu menggunakan casis monocoque gentian karbon untuk meningkatkan ketegangan strukturnya. Chaos juga adalah kereta pertama di dunia yang menggunakan chassis monocoque yang terbuat dari Zylon poly, gentian buatan manusia terkuat di dunia yang mana 1.6 kali lebih kuat daripada Kevlar. 

Material itu adalah bahan yang sama digunakan oleh NASA dan Formula 1 kerana ia ringan dan daya tahan yang tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here