
Bugatti mendedahkan jentera W16 Mistral yang ditempah khas milik Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Uniknya binaan ini, ia menampilkan kemasan luaran berwarna champagne yang diadun khas menerusi program bespoke Bugatti.
Warna tersebut kemudian dipadankan dengan kemasan dalaman karbon, serta lambang diraja berwarna emas.
Bugatti Mistral merupakan sebuah convertible yang dilengkapi enjin bentangan W16 8.0 liter dengan empat unit turbo.
Ia mampu menjana kuasa setinggi 1,600 PS pada 6,700 rpm dan daya kilas 1,600 Nm pada 2,000-6,000 rpm dipadankan dengan transmisi DSG tujuh-kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
Pecutan 0-100 km/j memakan masa 2.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 420 km/j.
Hanya 99 unit sahaja W16 Mistral dihasilkan untuk pasaran global, setiap satu memiliki tanda harga bermula €5 juta (RM22.96 juta).
Created for His Royal Highness the Crown Prince of Johor, this bespoke W16 MISTRAL reflects BUGATTI’s approach to truly individual craftsmanship.
Every finish tells a unique story. It is individuality engineered without compromise.#BUGATTI #MISTRAL
–
WLTP:… pic.twitter.com/r5Xsa05vWs— Bugatti (@Bugatti) March 2, 2026
































