TikToker teruja bertembung Bugatti Chiron Super Sport 300+ milik TMJ

3986

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memiliki barisan koleksi kenderaan mewah yang rare bahkan sukar dilihat di jalan raya.

Jika anda bernasib baik akan bertembung dengan kenderaan berkenaan seperti mana pengguna TikTok ini. Menggunakan nama akaun ManMalaya, dia berkongsi keterujaan  pertama kali melihat secara langsung sebuah unit Bugatti di jalan raya.



Video pendek berkenaan menunjukkan polis pengiring dan hypercar Bugatti melalui lorong kanan jalan raya di Johor. Boleh didengar juga secara jelas ngauman enjin W16 tersebut.

Berdasarkan pemerhatian menerusi lampu belakang, hypercar yang dipandu oleh TMJ itu bukanlah Veyron seperti yang dinyatakan oleh perakam video. Ia merupakan Bugatti Chiron Super Sport 300+ yang hanya 30 unit dikeluarkan seluruh dunia.

Sebelum ini, TMJ pernah berkongsi imej hypercar berkenaan menerusi akaun Instagram Story milik beliau. Bugatti Chiron Super Sport 300+ milik TMJ merupakan keluaran yang pertama. 

Selain itu, semalam TMJ turut berkongsi beberapa keping imej hypercar Perancis itu di Instagram Story yang menggunakan nombor plat TMJ.

Chiron Super Sport 300+ yang berharga hampir AS3.9 juta (RM17 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad dan paling berkuasa pernah Bugatti hasilkan. Chiron Super Sport 300+ menggunakan enjin W16 8.0 liter empat pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 1,578hp (+100hp).

@hitmanmalaya

Bila lagi nak dpt tgk Bugatti Veyron atas jalan kan.. hehe #TMJ #JB #bugattiveyron

♬ original sound – Fadzli Second – ManMalaya

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here