Kehadiran hypercar Divo Putera Qatar cetus kekecohan di Monaco

1408

Monaco adalah salah satu lokasi ‘rare’ apabila individu sekeliling tidak mengendahkan  kenderaan eksotik supercar Lamborghini yang melalui kawasan tersebut.

Dikenali sebagai taman permainan jutawan, negara kedua terkecil di dunia itu merupakan rumah kepada beberapa individu terkaya dan mempunyai purata kekayaan per kapita tertinggi.



Oleh itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila beberapa kenderaan mewah bahkan jarang ditemui mudah dilihat di jalanan Monaco.

Baru-baru ini, video YouTube yang disiarkan ExoticCarspotters menunjukkan kehadiran  Putera Qatar menyebabkan ‘kekacauan’ di Monaco. Beliau memandu Bugatti Divo yang sangat jarang ditemui di jalanan yang dianggarkan bernilai AS6 juta (RM26.9 juta ). 

Walaupun tingkap Bugatti keluaran terhad itu agak terang namun sukar untuk melihat pemandu dalam video berkenaan. Video yang dikongsi ExoticCarspotters itu mendakwa Putera Qatar, Sheikh Joaan Hamad merupakan individu di belakang kenderaan eksotik itu.

Pada video itu boleh dilihat hypercar berkenaan dipandu santai sepanjang Dataran Kasino Monaco diiringi dua buah kenderaan pengawal peribadi, Audi SQ7. 

Kehadiran hypercar ‘rare’ tersebut, menimbulkan kekecohan apabila pejalan kaki dan peminat kereta mengerumuni Divo dengan nombor plat roman III tersebut untuk merakamkan gambar.

Warna badan gentian karbon Divo itu disembur dengan cat putih dengan kemasan biru elektrik pada bahagian depan, sisi, panel rocker dan bahagian lain.

Diperkenalkan pada 2018 dengan pengeluaran 40 unit sahaja, hypercar itu dinamakan sempena Albert Divo iaitu juruterbang tentera udara dan mekanik pelumba kereta pada 1919 dan menyertai Bugatti pada 1928.

Albert merekodkan kemenangan dua kali berturut-turut pada perlumbaan Targa Florio, Sicily memandu Bugatti Type 35.

Divo dijana oleh enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,480hp dan tork 1,600Nm. Lebih ringan 35kg berbanding Chiron, pecutan 0-100kmj boleh dicapai dalam tempoh 2.4 saat.

Bugatti berkata Divo ‘dibina untuk selekoh,’ tetapi kereta itu juga boleh mengendalikan lalu lintas tinggi Monaco dan ramai orang mengelilingi kereta itu untuk mengambil gambar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here