Set panel badan depan Bugatti Chiron Super Sport 300+ boleh dapat sebiji McLaren Artura

1406

Kos baik pulih dan penyelenggaraan Bugatti tidak murah bagaimanapun setiap kali anda menemui senarai komponen pengilang asli (OEM) bagi hypercar Chiron membuatkan anda ternganga.

Contoh paling gila yang portal Carscoops temui setakat ini adalah satu set bahagian depan Chiron Super Sport 300+ ini yang disenaraikan pada harga AS399,999 (RM1.75 juta). Kit tersebut melibatkan fender depan, bampar, bonet dan bahagian bawah bampar. 



Kesemua komponen itu diperbuat daripada gentian karbon tanpa cat jadi pembeli boleh menyembur cat mengikut warna badan hypercar mereka. Menurut pelekat di bawah panel badan lencana Bugatti itu tertera maklumat dibina di Austria dengan tarikh pengeluaran September 2020.

Bayangkan anda perlu membayar RM1.75 juta untuk komponen depan Bugatti Chiron Sport 300+ tersebut yang mana sama nilainya bagi sebuah Ferrari 296 GTB, McLaren Artura atau Lamborghini Huracan Tecnica.

Namun, itulah nilai yang perlu dibayar bagi sebuah model hypercar pengeluaran terhad yang eksklusif. Menurut Carscoops komponen Bugatti yang pernah mereka temui adalah bahagian gril yang dijual pada AS15,000 (RM65,685).

Chiron Super Sport 300+ yang berharga hampir AS3.9 juta (RM17 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad dan paling berkuasa pernah Bugatti hasilkan. Chiron Super Sport 300+ menggunakan enjin W16 8.0 liter empat pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 1,578hp (+100hp).

GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here