Youtuber ini kongsi ‘gua’ jutawan Kanada yang tersimpan barisan koleksi supercar unik

1347

Youtuber Shmee150 terbang ke Montreal, Kanada berkongsi barisan kereta yang disimpan di garaj Luc Poirier.

Garaj ahli perniagaan itu dipenuhi dengan pelbagai barisan koleksi kereta mewah bermula daripada Ferrari hingga ke Lamborghini bahkan Mercedes Unimog.



Jutawan itu menyimpan 20 unit model Ferrari ultra ‘rare’, Mini Cooper klasik serta beberapa unit Lamborghini, AMG dan Porsche. 

Menerusi video itu, Shmee150 menunjukkan barisan koleksi Ferrari F1 bermula daripada siri 2004. Kesemua Ferrari dengan warna badan signatur merah itu disimpan rapi di garaj jutawan berkenaan antaranya LaFerrari Aperta, Enzo, F50, F40 dan 288 GTO.

Ini termasuklah Ferrari Pontiac Fiero/Ferrari Enzo yang digunakan oleh Jay Leno. Bahkan, Presiden syarikat Poirier itu memiliki kereta Formula Satu (F1) dan bilik simulasi F1 serta ruangan cuci kereta. 

Di sebelah barisan supercar Itali itu, Luc Poirier turut menyimpan koleksi kereta kecil Fiat 500, BMW Isetta dan Volkswagen Beetle berwarna biru. 

Kemudian Shmee150 turut menunjukkan koleksi lain antaranya Porsche 944 Turbo, dua buah Amphicar 1960 yang boleh dipandu di jalan raya biasa dan air, Chevy Corvette C8 R,  Mercedes-Benz AMG GT Black Series,  tiga buah Porsche 992 dengan konfigurasi berbza serta Lamborghini Aventador Ultimae.

Poirier turut memiliki Land Rover Defender James Bond Edition berwarna hitam yang disimpan di depan Mercedes Unimog serta barisan motor antaranya Ducati. 

Selain memiliki salah satu koleksi yang paling mengagumkan di dunia, Poirier juga menyimpan nombor plat ‘fancy’ yang disesuaikan dengan nama kereta. Misalnya Porsche 911 merah jambu miliknya dipadankan dengan nombor plat 911PINK.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here