Kos selenggara Bugatti Chiron Pur Sport boleh beli sebuah supercar baharu

2464

Kita sering kali tertanya berapakan kos penyelenggaraan kenderaan super mewah seperti hypercar atau supercar.

Kalau harga seunit sudah menjangkau jutaan ringgit apatah lagi harga komponen selepas pasaran dan servis.  



Menerusi perkongsian akaun Facebook Muhammad Al Qawi Zamani, dia menyenaraikan kos penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport.

Maklumat tersebut diperoleh ketika lawatannya ke Bugatti Singapura (Wearnes Automotive) iaitu pengedar rasmi Asia Tenggara.

Penyelenggaraan Bugatti dilakukan pasukan kecil terdiri daripada 10 orang di seluruh dunia. Secara purata, masa diambil antara 24 hingga 27 jam.

Berikut perkongsian kos servis dan penyelenggaraan Chiron Pur Sport (2021):

  1. Minyak enjin jenis Castrol Edge Fluid Titanium Technology SAE 10W-60 (penapis, coolant, minyak, pembersihan 16 palam selir), dibuat setiap 14 bulan atau 16,000km (mana tiba dahulu): RM104,613 
  2. Set brek cakera depan jenis karbon seramik (420mm): RM209,230
  3. Set pad brek depan jenis titanium, kaliper 8-piston: RM37,661
  4. Bendalir brek, pembersihan komponen, penggantian kabel dan lain-lain: RM246,886
  5. Cermin depan: RM251,070
  6. Pengelap cermin: RM15,902
  7. Tayar Pirelli Winter Sottozero 3 / Michelin Pilot Sport PAX/ Michelin Pilot Sport Cup 2 XL: RM33,476 atau Michelin Pilot Sport Cup 2R TR: RM175,749
  8. Rim (jangka hayat maksimum 14 hingga 16 bulan atau setiap 16,000km): RM209,225
  9. Pengecas turbo Garret (jangka hayat maksimum 42 hingga 48 bulan): RM108,797
  10. Penyejuk corong udara (jangka hayat maksimum 42 hingga 48 bulan): RM92,059
  11. Talaan enjin, kaliberasi dan penyesuaian untuk prestasi optimum (aci sesondol): RM119,677
  12. Tangki minyak (jangka hayat maksimum 48 bulan): RM184,118
  13. Cat bergantung kepada opsyen warna dan material:RM230,963

Kos penyelenggaran dan servis Bugatti Chiron Pur Sport bagi tempoh empat tahun pemilikan ialah RM1.612 juta (tidak termasuk cukai, upah buruh, yuran janji temu, kos pengangkutan udara dan perjalanan).

Sekiranya anda membeli untuk pelaburan (disimpan pada satu lokasi dan bukan untuk pemanduan), kos penyelenggaraan bagi setiap 14 bulan sekitar RM439,373.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here