Terpaksa patuh had laju kawasan kejiranan, Ronaldo pandu Bugatti 30kmj

6061

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo yang kembali menyertai pasukan Manchester United, kini dilaporkan baru berpindah ke sebuah rumah agam berharga £6 juta (RM34.5 juta) di Cheshire, England.

Seperti mana kita tahu Ronaldo memiliki pelbagai koleksi kenderaan daripada SUV mewah hinggalah ke hypercar dengan nilai keseluruhan  £17 juta (RM97.7 juta) dan kesemuanya berupaya memecut lebih 300kmj.



Bagaimanapun Ronaldo terpaksa melupakan hobi memandu kereta sport mewah secara laju dan terpaksa memandu hypercar Bugatti 30kmj kerana mematuhi had laju ditetapkan di kawasan tersebut. 

Perkampungan Alderley Edge yang menjadi kediaman baharu Ronaldo, sebelum ini sering menjadi lokasi kepada  pemilik kereta sport mewah untuk memandu dengan laju dan mempamerkan kehebatan mereka.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk setempat, dan majlis daerah di kawasan perkampungan Alderley Edge menetapkan bahawa had laju di kawasan tersebut hanyalah 30kmj. 

“Kami komited untuk mengurangkan had laju,” kata Majlis Daerah Timur Cheshire.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here