Pindah ke MU, ini top 5 kereta super mewah milik Ronaldo

9729

Manchester United mengesahkan bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, akan kembali ke Old Trafford  dengan bayaran gaji pound sterling 480,000 (RM2.7 juta).

Ronaldo dilaporkan memiliki nilai aset sehingga AS500 juta (RM2 bilion). Seperti mana kita tahu pemain Portugal itu merupakan peminat kereta mewah bahkan memiliki koleksi kenderaan yang pelbagai bermula daripada SUV mewah, kereta sport, supercar hinggalah ke hypercar.  



Berikut lima koleksi kereta mewah Ronaldo:

1. Bugatti Centodieci

Ronaldo merupakan penggemar Bugatti, jadi tidak hairan dia sanggup berbelanja besar untuk produk baharu jenama tersebut.

Ronaldo membelanjakan AS8.5 juta (RM48 juta) untuk membeli edisi terhad Bugatti Centodieci yang hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit dalam dunia. 

Dia kemudian melakukan kustom pada bahagian kabin dengan meletakkan sulaman perkataan ‘CR7’ pada perehat kepala tempat duduk. 

Pengeluaran Centodieci adalah penghormatan kepada Bugatti EB110 dan pecutan dari 0-100kmj mampu dilakukan dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 379kmj.

2. Bugatti Chiron

Hypercar Buggati ini dibeli pada 2017 pada harga sekitar RM8.7 juta. Ia dikuasakan oleh enjin W16 dengan empat pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm.

3. Bugatti La Voiture Noire

Bugatti Automobiles hanya mengeluarkan satu unit saja di dunia dan ia milik Ronaldo. Hypercar itu dianggarkan bernilai USD18 juta (RM74 juta), menjadikan ia kereta paling mahal yang pernah dibina setakat ini.

La Voiture Noire yang bermaksud ‘kereta hitam’ itu dikeluarkan sempena ulang tahun ke-110 penubuhan syarikat tersebut.

La Voiture Noire menggunakan enjin 8.0 liter quad-turbo 16 silinder yang mampu menjana kuasa 1,479hp. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.5 saat dengan kelajuan maksimum 420kmj.

4. Ferrari F12tdf

Ronaldo juga memiliki model edisi terhad Ferrari F12tdf yang mana hanya ada 799 unit dalam dunia.

Jentera ini mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 2.9 saat. Ketika pertama kali diperkenalkan pada 2015, supercar ini dijual pada harga AS330,000 (RM1.4juta).

5. McLaren Senna 

Ronaldo turut memiliki sebuah McLaren Senna yang dibeli pada harga sekitar RM4.3juta. Supercar itu menggunakan nama legenda Formula 1, Ayrton Senna.

Senna dilengkapi dengan enjin V8 4.0 liter twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa 789hp dan tork 800Nm serta pecutan dari 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2.8 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here