Pemandu lori menang cabutan bertuah supercar McLaren 720S Spider

4170

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah dapat digambarkan apabila seorang pemandu lori membawa pulang supercar, McLaren 720S Spider berharga £275,000 (RM1.6 juta).

Andrew Olsen, 60 memiliki supercar tersebut selepas menang cabutan bertuah dalam talian bagi tujuan kebajikan Hospital Kanak-Kanak Great Osmond (GOSH).



“Saya diberitahu memenangi kenderaan ini pada hari lahir ke-60. Saya terdiam dan sejujurnya, ini merupakan hadiah hari lahir terbaik saya.

“Ia amat berbeza dengan lori yang saya pandu. Meskipun saya suka dengan kereta ini, tapi saya mungkin menjualnya kerana wang itu mampu mengubah keluarga saya,” katanya.

Olsen juga berharap dia akan bertuah sekali lagi bagi cabutan hadiah utama kempen tersebut iaitu sebuah rumah agam di Wimbledon bernilai lebih £3.5 juta (RM20.2 juta).

McLaren 720S Spider didatangkan dalam dua pilihan varian, Performance dan Luxury, yang menggunakan enjin V8 4.0L turbo berkembar dengan kuasa 720hp dan tork maksimum 770Nm.

Ia dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7-kelajuan, yang menyalurkan kuasanya ke roda belakang sama seperti versi coupe. Manakala pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.9 saat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here