Utama Berita Automotif LKM tamat tempoh, JPJ sita McLaren 720S

LKM tamat tempoh, JPJ sita McLaren 720S

7

Pemilikan kenderaan mewah mahupun berprestasi tinggi bukan alasan untuk terlepas daripada tindakan undang-undang apabila sebuah McLaren 720S disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Langkawi dalam operasi penguatkuasaan pada Selasa.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa mendedahkan pemandu itu menggunakan supercar berkenaan dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh, selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

“Dalam operasi sama, pihak penguatkuasa turut menahan sebuah sedan mewah BMW 320i yang dikesan melakukan kesalahan yang sama. 

“Susulan kegagalan kenderaan tersebut memenuhi syarat sah untuk berada di atas jalan raya membawa kepada tindakan sitaan serta-merta di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan. 

Pihak JPJ Cawangan Langkawi menegaskan bahawa pemilik setiap kenderaan wajib memastikan cukai jalan serta perlindungan insurans dipatuhi dan diperbaharui, tanpa mengira harga, jenis mahupun status pemilikan kenderaan berkenaan demi keselamatan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here