[Video] Hasil jual jam tangan mewah, lelaki ini boleh beli 20 buah supercar Ferrari

23787

Seorang lelaki menarik perhatian netizen selepas mempamerkan barisan koleksi kereta Ferrari di garaj kediamannya yang bernilai sekitar AS39 juta (RM166 juta).

Dikenali sebagai David Lee asal Amerika Syarikat, tentunya ramai tertanya apakah perniagaan yang dijalankan sehingga dia mampu membeli 20 buah supercar Ferrari.

Tentunya anda tidak percaya, Lee menggunakan kepakaran dan pengetahuannya berkaitan jam tangan kayangan. Ahli perniagaan jam tangan mewah serta barang kemas itu juga pernah berurusan dengan selebriti Hollywood seperti DJ Khalid, Rihanna dan Justin Bieber. 

Lee yang memiliki 1.1 juta pengikut di Instagram itu juga menunjukkan beberapa jam tangan jualannya seperti Richard Mille, Cartier dan Audemars Piguet yang benilai jutaan ringgit. 

Jom Baca:   Tarik balik lesen warga emas undang pelbagai reaksi

Menerusi video itu Lee mempamerkan kenderaan yang dimiliki antaranya Ferrari F50, F40, Enzo, F8 Spider serta model klasik seperti 365 Daytona Spyder, 330 GTS dan lain-lain.

Lebih menarik dia turut memiliki Ferrari yang dinamakan sempena namanya sendiri selain menyimpan kereta lumba F1 Michael Schumacher F2002. Nilai keseluruhan koleksi miliknya dianggarkan sekitar AS39 juta (RM166 juta). 

VIDEO
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by David Lee I Ferrari Ambassador (@ferraricollector_davidlee)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Jom Baca:   Suami layankan isteri mengidam bau tar jalan

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here