[Video] Geng Civic dikecam, konvoi tempoh PPN Fasa 1, potong garisan berkembar dan bahayakan pengguna lain

2742

Kelonggaran aktiviti permotoran yang diumumkan oleh kerajaan disalah tafsir oleh sekumpulan Honda Civic apabila menganjurkan aktiviti konvoi. 

Perlu difahamkan aktiviti yang dibenarkan melibatkan kenderaan bermotor dalam kawasan litar sahaja dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. 

Manakala aktiviti konvoi beramai-ramai di jalan raya awam tidak dibenarkan tambahan aktiviti tersebut melibatkan pergerakkan merentasi daerah atau negeri lain.



Ini yang dilakukan oleh sekumpulan konvoi kereta Honda, bukan satu namun banyak kesalahan mereka lakukan. Aksi tersebut dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Syahrul Rizal yang menunjukkan kumpulan berkenaan berkonvoi secara rapat. 

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan kira kira 11 buah kereta Honda memotong sebuah treler secara berbahaya di kawasan selekoh bahkan di garisan berkembar.

Tindakan penting diri dan berbahaya memasuki laluan bertentangan itu wajar dikecam sehinggakan perakam video terpaksa berhenti memberi laluan kepada mereka bagi menghindari kecelakaan. 

Bahkan salah satu kereta yang tertinggal di belakang menghimpit sebuah Honda Jazz dan menyelit di antara kereta bertentangan semata-mata mahu mengejar konvoi di depan. Entah undang-undang negara mana mereka gunakan. 

Tindakan pemandu tersebut mengundang kecaman netizen kerana membahayakan  pengguna jalan raya yang lain. Seharusnya mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan pandu secara berhemah. Apa yang ingin dikejarkan….

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here