Honda Civic Type-R kemalangan sampai putus dua, semua penumpang selamat

5470

Sebuah Honda Civic Type-R berwarna biru putus dua setelah terlibat dalam kemalangan di Denver, Colorado, Amerika Syarikat. 

gambar hiasan

Berdasarkan video tular yang dikongsi oleh Facebook Vincent Nieto, Civic Type-R itu terbelah menjadi dua bahagian berhampiran dengan sebuah restoran makanan segera.

Pemandu dan penumpang kereta itu memberi komen tentang video tular ini dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.



Menurut Renee Gutierrez-Martinez, hot hatch itu merupakan milik anak perempuannya, dan ketika kejadian, teman lelaki anaknya iaitu Kevin Acosta memandu kereta itu.

Menurut Kevin, mereka telah dilanggar oleh pemandu lain ketika melalui persimpangan Jewell Avenue dan Federal Boulevard.

Hal ini menyebabkan Civic Type-R tersebut diseret ke arah tiang lampu sebelum terputus dua dan tergelincir di kaki lima.

Mujur tiada penumpang di bahagian belakang sewaktu Civic Type-R itu terputus dua, dan kedua-dua pemandu dan penumpang berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan parah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here